Memang nampak segak,nampak smart giler pakai baju kemeja,tie
dengan seluar slack.Bila tambah dengan kot,makin terserlahlah kesegakannya.Dan
bila ditanya:
“Tak panas ke?”
Dijawabnya:
“#akuyangpakaikoyangpanas#adeakukesah”
Tapi bila part masuk dalam kelas yang takde aircond,semua
menggelupar kepanasan.Segala apa yang lecturer ajar semua tak masuk.Nota-nota
yang diberi semua dah dilipat menjadi kipas.
Kadang-kadang,ada peraturan yang tak masuk akal.Lu orang
bayangkanlah bila kena pakai baju kemeja dengan tie bila nak pigi kelas.Rimas
gila kot,bayangkanlah macamane nak belajar bila duduk dalam oven.
Kadang-kadang,kita ni terlalu mengikut.Ya,memang kebanyakan
cerdik pandai di Negara-negara omputeh pakai baju dengan kot.Tapi tahu tak
sebab ape?sebab Negara diorang tu Negara sejuk.Kalaulah diorang pakai tshirt
berlenggeng,mau beku rasanya.Kita patut sedar diri yang Negara kita ni beriklim
panas kering,takde salji :’((..Jadi kita kena sesuaikan pemakaian kita mengikut
tempat yang kita duduk.
Ibaratnya haiwan-haiwan dekat Negara sejuk berkulit dan
berbulu tebal,dekat Negara panas
banyaknyabinatang yang berbulu nipis.Itulah yang dikatakan adaptasi.Binatang
pun pandai beradaptasi,jangan buat malu weyhh manusia.
Ada beberapa manusia taat setia yang berkata:
“Tu kan dresscode,ikut jelah,tak manis kalau langgar”
“Takpelah,dia nak ajar kita berdisiplin,disiplin kan
penting waktu kita nak kerja nanti”
Tu memang disiplin babe.Ikut peraturan.Tapi dicampur dengan
ketiadaan jatidiri untuk menegakkan kemahuan dan kehendak diri.Ikutlah
peraturan mana yang betul,tapi peraturan manusia ni memang pasti akan ada yang
silap.So,jangan ikutlah mana yang tak betul.
Gua bukannya nak buat kepala sendiri cakap :
“semua budak kena pakai tshirt pergi kelas.”
No.
Cuma cadangan gua:
Pakai mengikut keselesaan diri.Kalau orang tu selesa
pakai kemeja,pakailah.Kalau selesa pakai tshirt,pakailah.Asalkan:
1.Tujuan asal ke tempat tu tercapai,misalnya nak belajar.
2.Ikut undang-undang pakaian Islam.Ni yang paling utama dan
gua rasa ni yang paling kite kurang concern.Tapi undang-undang nilah yang
meliputi segala persoalan mengenai pakaian.Cuma kita banyak beralasan.Kan?
Setengah orang katanya,tak manislah kalau menuntut ilmu
pakai sebarang.
Sebab kita dah setkan dalam mind kita,tshirt bundle ni
adalah pakaian sebarang,maka persepsi kita pun jadi macam tu.Tapi pada
pandangan gua,lu pakailah ape pun,asalkan lu tak langgar undang-undang pakaian
islam,lu tutup aurat,lu tak dye rambut,tak menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Itu
dah bagus.
Allah pun tak bagi spesifik yang kemeja tu adalah pakaian
yang menghormati ilmu,baju melayu tu adalah pakaian yang menghormati
ilmu,tshirt bundle adalah pakaian yang kurang sopan terhadap ilmu.TAKDE.Siapa
kita nak tetapkan benda-benda tu?
Finland adalah sebuah Negara yang tiada dresscode,tapi dapat
nombor satu dalam pendidikan.Bukti terbaik yang ilmu itu letaknya di akal,bukan
pada jenis baju.So,jangan skeptical eh?Dresscode mereka adalah bergantung kat
diri sendiri.Cadangan gua,dresscode kita adalah pakailah apa sahaja asalkan tak
langgar peraturan pemakaian Islam.
Gua berharap akan ada pemimpin yang akan memberikan nafas
baru kepada dresscode kita.Dresscode mengikut peraturan pemakaian Islam.Tu
adelah dresscode yang paling relevan sepanjang zaman.Zaman perlu ikut Islam
kan?atau Islam perlu ikut zaman?
p/s:Gua pernah terfikir nak jadi lawyer pertama yang pakai
tshirt dengan selipar.
No comments:
Post a Comment