Haa,,kepada adik-adik yang masih bersekolah dan mahasiswa
mahasiswi sekalian,Kelab Debat semestinya satu kelab yang agak popular dekat
tempat lu orang belajar.Kan?Yelah,sape tak kenal kalau asyik nak bercakap
je(tapi tak sume camtu k) kalau bercakap asyik nak menang je.Sampai lu pun
mesti surrender,sambil cakap:
“nak menang,ambik”
Dan kadang-kadang
sebab jelik dengan ahli-ahli debat ni,buat lu orang rasa skeptical
terhadap Kelab Debat.Eish,takleh gak macam tu,mungkin ada beberapa sisi putih
Kelab Debat ni yang korang taktahu.Antaranya:
1.Lu akan tahu isu semasa.
Ni adalah asbab yabg paling penting.Lu akan didedahkan
mengenai ekonomi,politik,social,kesihatan,pendidikan,fakta dan macam-macam
lagilah.So,lu orang akan bermain dengan fakta.Lu akan cari fakta melalu
internet,suratkhabar,dan perkongsian dengan kawan-kawan.Misalnya,cuba tengok satu usul ni
“Majlis Keselamatan PBB wajar ditambah”
Majlis Keselamatan PBB tu apa?apa fungsi dia?Negara kita
Majlis Keselamatan PBB ke?
Haa,boleh jawab tak?boleh jawab tak?Lu akan tahu lebih luas
mengenai dunia ni.Lu akan nampak beberapa permainan dunia yang selama ni lu
orang taktahu.Nah,lepas ni,lu orang bollehlah sembang-sembang ala orang dewasa
kat meja makan.
2.Untuk temuduga.
Untuk korang yang mengimpikan untuk menjadi anak emas
JPA,MARA,Khazanah Nasional,Maybank,dan banyak-banyak lagi barisan penaja,lu
orang mesti akan lalui satu stage ni,yang dinamakan DEBAT.
So,bila lu orang pernah,ada pengalaman berbahas,satu
kelebihan lah tok lu orang untuk perform waktu interview.Amacam,nampak tak
permainan dia?
3.Duit.
Haa,ni yang paling gua suka.Gua tak tipu.Kebanyakan
pertandingan bahas menawarkan duit.Haa,mata lu orang pun mesti dah keluar
symbol ni $ $ .
Yap,tapi lu ingat senang nak menang.Lu kena buat
betul-betullah.Dan mesti lu akan puas hati bila dapat duit daripada usaha lu
sendiri (err,tapi berkat latihan jurulatih dan dorongan keluarga lu jangan
lupa).Haa,lubuk emas jugak bahas ni.
4.Kenalan.
Yaa,kenalan.Dekat sini pun lu boleh belajar macam-macam
pasai kehidupan.Cheewah.Lu akan jumpa kawan yang rajin,yang suka gunakan
orang,yang sekepala dengan lu.Lu memang akan jadi rapat,sebab sampai satu
part,lu kena bekerjasama .Tak tidor malam carik fakta sama-sama,sama-sama
gembira bila menang.Sama-sama sedih bila kalah.
Tapi jaga-jaga,debat ni pun boleh putuskan persahabatan.Bila
ada satu isu yang korang tak sekepala dan korang bergaduh untuk menegakkan
pendirian masing-masing.Dan korang sanggup putuskan persahabatan demi menjaga
ego korang.Ciss.
Hahaha.Dan mungkin hubungan korang akan renggang bila lu
jadi punca untuk kekalahan team lu.Haha,orang macam ni kalau lu
ilang.Pertandingan je pun.Kan?
5.Soft skill.
Haa,ada sesetengah orang yang soft skill dia memang dah
ampuh.Memang gila mikrofon.Tu takpalah.Biaq pilah dia dah cekang lagu tu.Tapi
ada sesetengah orang yang masih tak mahir untuk berinteraksi.
Yang tak tahu bagaimana untuk membuatkan orang takut dengan
lu hanya menggunakan isyarat mata,yang tak tahu bila nak naikkan intonasi,bila
nak rendahkan intonasi,yang nak menghapuskan rama-rama yang tiba-tiba
berterbangan dalam perut bila nak bercakap,nahh,masuklah kelab ni.
Itu saja yang gua boleh ceritakan.Banyak lagi sebenarnya
tetapi tiada perkataan yang mampu menggambarkan apa yang gua ingin
sampaikan.Wakaka.nampak tak?
Mintak ampun kepada semua kelab debat kalau artikel ni
buatkan makin ramai lagi orang menyampah dan takmau join kelab lu
orang.Kihkih..
No comments:
Post a Comment