Sunday, 7 September 2014

Tujuan sebuah persahabatan.


Sewaktu kecik,kita ada kawan.Kawan untuk bermain kejar-kejar,kawan untuk berebut barang,kawan untuk buat benda-benda mengarut,kawan untuk buat benda yang kita suka,kawan untuk berkongsi rahsia.Kawan untuk mengisi kekosongan dalam jiwa.

semakin besar,kita akan jumpa dengan bermacam-macam lagi jenis kawan.Ada kawan yang berkawan dengan kita kerana ingin belajar sesuatu subjek-yang akan meninggalkan kita apabila dia dah pandai.Kawan kerana popularity kita-yang akan meninggalkan kita bila dia sudah jauh lagi popular atau kita jatuh menjunam.Kawan yang kerana keelokan paras rupa kita-yang akan meninggalkan kita bila kita sudah berkedut atau cacat akibat kemalangan .Kawan kerana harta kita-yang akan meninggalkan kita apabila kitajadi papa kedana.

Pendek kata,kita akan meninggalkan kawan kita bila tujuan kita berkawan dengannya sudah tercapai.Begitu juga kawan kita,akan meninggalkan kita bila tujuannya sudah tercapai.

Friend with purpose,itu hakikat yang kita tak boleh tipu.

Kata orang,we change our friends circle every seven years

Mungkin betul kot untuk aku.Sebab aku berkawan ikut tempat.I can make friend but I cannot keep friend.Aku taknak rapat sangat sebab aku taknak sedih sangat bila nak berpisah.Cheh. :'((

Ada satu tujuan persahabatan yang takkan putus sampai mati.Inshaa Allah.Iaitu:

Apabila kau berkawan kerana ingin bersama-sama mencapai keredhaan Ilahi.Maksudnya kau akan mengingatkan kawan kau bila dia tersimpang dari jalan tuhan.Kau akan menenangkannya bila dia sudah putus asa dengan hidup.Kau akan menunjukkannya jalan apabila dia buntu.Kau akan menolongnya bila dia jatuh.Bila dia dihina dan buruk namanya,kau berusaha untuk membersihkan namanya.Kau akan bersama-sama ketika seronok dan tak seronok.

Tukar tujuan persahabatan kita.Andaikata dia kacak,atau pandai,atau kaya,atau popular,itu lain cerita.Itu bonus dari Tuhan.


Itulah tujuan persahabatan yang hakiki.Tak perlulah  nak cakap “aku berkawan dengan kau sebab tuhan”.Tak perlu cakap sebab mulut boleh menipu.Cukuplah dengan kau buktikan.Buktikan.

No comments:

Post a Comment